• slide1
  • slide2
  • slide3
  • slide4
  • slide5

PELANCARAN

1MEDIA ONLINE

9 Oktober 2016 | Astana Banquet Hall @ Garden Residence Cyberjaya

PENGENALAN 1MEDIA ONLINE

line-text

Jaringan IT Prihatin (JITP) merupakan sebuah organisasi bukan kerajaan, digiatkan oleh sekumpulan pengamal ICT Malaysia, yang berawasan untuk melihat tanahair, nusantara bahkan buana ini meraih manfaat dari perkongsian ilmu dan berita melalui teknologi komunikasi maklumat (ICT).

Ledakan perkembangan ICT yang berlaku terlalu pantas bukan sahaja merancakkan perkongsian ilmu dan berita malah sebaliknya ia juga telah mencetuskan era fitnah yang amat dahsyat sehingga penduduk buana seringkali terkeliru dan tersesat dalam menilai ilmu yang betul berbanding salah atau berita yang benar berbanding palsu.

Justeru JITP bangkit dengan cita-cita murni untuk melahirkan satu rangkaian maklumat elektronik yang TEPAT, TELUS dan TERKINI demi menyelamatkan manusia dari kekeliruan dan kesesatan ini.

Bermula dari era kelahiran Web, JITP telah mengasaskan portal berita elektronik, disusuli era Web 1.0 dan Web 2.0 yang menyaksikan JITP memacu jaringan beritanya dalam hampir kebanyakan rangkaian media sosial seperti Twitter, Facebook, Instagram, YouTube dan lain-lain. JITP juga mengambil langkah berani menubuhkan saluran Radio Internet sendiri, Hijau.FM.

Hari ini, setelah 15 tahun berlalu, JITP terus bertekad untuk bergerak maju ke hadapan mengadun teknologi Cloud Services dan Big Data ke dalam rangkaian media elektroniknya. Skop JITP kini bukan lagi untuk tanahair tercinta sahaja, malah JITP merasa bertanggungjawab untuk menjadi agensi penyampai berita Ummah merentasi sempadan politik. Terlalu banyak kisah penindasan dan penderitaan yang dialami oleh saudara seagama kita yang tidak disingkap oleh Media masakini. Maka JITP terpanggil untuk menubuhkan satu hub media yang akan berkhidmat untuk rantau Asia Tenggara khasnya dan Asia umumnya yang dikenali sebagai www.onemedia.my (Projek 1M)

JITP ingin mengajak seluruh Umat Islam yang prihatin dengan keperluan mendapatkan berita TEPAT, TELUS dan TERKINI untuk sama-sama kita menyumbang  dana bagi penubuhan www.onemedia.my (Projek 1M)

Muat Turun Brosur
poster2

view profile

AYUH BERSAMA JITP! HULURKAN SUMBANGAN  ANDA…

JITP ingin mengajak seluruh Umat Islam yang prihatin dengan keperluan mendapatkan berita TEPAT, TELUS dan TERKINI untuk sama-sama kita menyumbang  dana bagi penubuhan www.onemedia.my (Projek 1M).

OBJEKTIF 1MEDIA ONLINE

line-2
Antara objektifnya adalah:
  • Penyebaran maklumat secara lebih bertanggung jawab dan selamat dengan mempelopori dan menerokai teknologi terkini seperti penggunaan servis-servis ”cloud” agar menjadi hub media online yang berintegriti.

  • Memanfaatkan media sosial ke arah kebaikan dengan menyebarluaskan maklumat dan ilmu yang tepat, telus dan terkini di kalangan masyarakat.

  • Berinteraksi dengan masyarakat dengan pelbagai lapisan generasi dan latar belakang bagi melahirkan Malaysia sebagai sebuah negara madani yang harmoni.

1 HUB MEDIA

TEPAT . TELUS . TERKINI

1 HUB MEDIA

under-line-white

  – Portal Berita 1 Media  
  – Radio internet – Hijaufm  
  – TV 1Media  
  – Digital Studio 1Media  
  – 1Media Apps  
  – Istiqamah Messenger 
  – 1Media Touch n Get  
  – Komuniti 1Media  
  – Arkib 1Media  
  – 1Media Live Style Catalogue  

tuanSE

Baca Lagi

TENTATIFPROGRAM

inline-title

Ahad, 9 Oktober 2016

9:00 pagi

Pendaftaran VIP / tetamu / Mengambil tempat

9:00 pagi - 9.50 pagi

9:50 pagi

Ketibaan Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang

9:50 pagi - 10.00 pagi

10.00 pagi

Bacaan Doa

10.00 pagi - 10.10 pagi

10.10 pagi

Ucapan Aluan dan Selamat Datang oleh Pengarah Program

10.10 pagi - 10.20 pagi

Oleh :   Tuan Hj Mohd Razain

10:20 pagi

Ucapan Aluan Pengerusi Pertubuhan Jaringan IT Prihatin Malaysia (JITP)

10:20 pagi - 10:30 pagi

Oleh : Tuan Mohd Shuhaimi Embong

10:30 pagi

Talk Show/Bual Bicara : Islam dan Media Internet

10:30 pagi - 12:00 pagi

Ahli Panel:

  1. Dr. Mohamed Bin Awang Lah – Mantan Ketua Pegawai Eksekutif Jaring Communication Sdn Bhd
  2. Datuk Abd. Jalil Ali – Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf
  3. Mohd Rafee Md Aris – Mantan Pengurus Besar, Tiga Events Sdn. Bhd. (Sistem Televisyen Malaysia Berhad)

Moderator : Mohd Shuhaimi Embong, Pengerusi Pertubuhan Jaringan IT Prihatin Malaysia (JITP)

12.00 tengahari

Ucaptama : Islam dan Jihad Media

12.00 tengahari - 12.30 tengahari

Oleh: YB. Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang
Naib Ketua Kesatuan Ulamak Sedunia, Presiden PAS dan Ahli Parlimen Marang

12.30 tengahari

Pelancaran 1Media Online & Pertubuhan Jaringan IT Prihatin Malaysia

12.30 tengahari - 12.45 tengahari

– Gimik Pelancaran

12.45 tengahari

Makan

12.45 tengahari - 2.00 petang

Para tetamu dijemput makan.

2.00 petang

Bersurai

2.00 petang -

– Sesi Fotografi
– Bersurai

PEMBELIAN KUPON

line-white

Pilih kaedah bayaran. Masukkan maklumat yang dikehendaki dengan tepat.

Pihak urusetia akan menghubungi anda untuk maklumat lengkap kupon yang sudah dibeli. Sekian, terima kasih.

GALERI 1MEDIA ONLINE

line-white
  • Pelancaran 1Media Online
    9 Oktober 2016
    Ahad, 10.00 pagi - 2.00 petang
  • Tempat

    Astana Banquet Hall @ Garden Residence Cyberjaya

  • Pertanyaan/Maklum Balas

    hai@onemedia.my

  • No Akaun

    No Akaun : 564294309996 (Maybank) atas nama (PERTUBUHAN JARINGAN IT PRIHATIN MALAYSIA)

  • Layari Laman Web Rasmi

    http://www.onemedia.my

  • 019-2710986 (Hadijah) | 019-3956021 (Azlina)